Thursday 10 July 2014

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex merupakan Signature Formula dari Dr. Shaklee yang telah digunakan sejak tahun 1950 an. Ianya diperbuat secara organik tanpa pestisid, herbasid atau baja kimia. Sumber Alfalfa Complex ialah tumbuhan Alfalfa (Medicago Sativa) yang juga dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Medicago Sativa adalah alfalfa dari gred terbaik. Sekurang kurangnya 2 tahun diperlukan oleh tumbuhan ini untuk membesar sehingga akarnya mencapai 20 kaki ke dalam tanah. Dalam kedalam ini, pelbagai nutrisi semulajadi tanah dapat diserap oleh tumbuhan. Hanya daun yang matang dan kaya dengan klorofil akan dituai untuk menghasilkan Alfalfa Complex. 

Daun-daun ini dikeringkan melalui udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi dan akan dibiarkan sehingga menjadi serbuk sebelum dimampatkan menjadi bentuk tablet. Setiap 1 tablet dari Alfalfa complex mengandungi 300mg alfalfa. Antara nutrisi dan zat galian yang terkandung dalam alfalfa ialah protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin 8 enzim dan fitokimia. Sebahagian dari nutrisi dan zat galian dalam alfalfa tidak boleh diperolehi dari mana-mana buah atau sayuran lain. pengambilan 10 biji tablet Alfalfa Complex bersamaan khasiat segelas susu.

Manfaat Alfalfa:
  • Mengurangkan toksin dalam badan
  • Mencuci hati, darah dan usus
  • Memperbaiki kesihatan kulit
  • Membantu masalah penghadaman
  • Mengurangkan lemak dan kolesterol (alfalfa mengandungi saponin, serat yang bertindak seperti span menyerap kolesterol)
  • Melegakan keletihan


Kandungan sebotol:


  • L - 700 biji tablet

  • S - 330 biji tablet


Energizing Soy Protein (ESP)

ESP dari Shaklee dihasilkan dari kacang soya non-Genetically Modified Organism (non-GMO) dan diproses pada suhu yang rendah. Non-GMO bermaksud, kacang soya yang ditanam secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia dan bukan dihasilkan dimakmal. Lebih kurang macam organik. Setiap botol dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang dicuci dengan air bukannya alkohol. Sesetengah produk yang menggunakan kacang soya diproses dengan alkohol. Pemprosessan sebegini boleh menghilangkan isoflavon yang bermanfaat dari soya. 



ESP dari Shaklee juga merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Selain itu, ia juga kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) bagi ESP juga adalah rendah iaitu sebanyak 39. Jadi ia juga sesuai untuk pesakit kencing manis. 

Kepentingan Protein
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan manusia. Selain itu, ia merupakan komponen utama kepada hormon manusia. Kekurangan protein boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap tubuh kita antaranya:
  • kelemahan dalam sistem melawan penyakit
  • lebihan air yang banyak dalam badan
  • kepejalan otot berkurang (sebab tu la body builder amik protein)
  • perubahan warna rambut
  • pertumbuhan terbantut
  • masalah penghadaman
  • masalah penghasilan darah dan hormon

Asid Amino
Protein sebenarnya terdiri lebih daripada 20 asid amino yang mana setiap satunya berfungi menghasilkan pelbagai jenis protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Asid amino yang dibekalkan dalam ESP adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia tetapi tubuh manusia sememangnya memerlukan asid amino ini. 

Indeks Glisemik (G.I)
G.I menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Semakin tinggi nilai G.I bagi sesuatu karbohidrat, semakin cepat karbohidrat tersebut memecahkan gula dan membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Oleh itu, kandungan G.I yang rendah amatlah bagus bagi memastikan paras gula dalam darah berada dalam tahap yang rendah. 

Kelebihan ESP
  • membekalkan tenaga berpanjangan
  • membantu menyokong sistem imunisasi
  • mengekalkan tahap kolesterol normal
  • menggalakkan kesihatan jantung dan prostat 
  • mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
  • membaiki kesihatan kulit, kuku, rambut dan otot


Kandungan sebotol : 850g